Buat sahabat yang Di sayangi..

Untuk Renungan & Hayati…….

Kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi  sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya

Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

Hm..entah kenape dah lame tak menaip..heuhe..keje masukan gambar jerk..karangan ni..saya dapat dari laman tagged..kawan saye lim..muaalaf masuk islam kate ye..slalu hantar ayat2 macam ni..tak tau ape maksud die..tapi selalu nya bercerita tentang kehidupan die setelah masuk islam..family die..apak die..tapi dari 10 email die bagi..1 jer mampu saya balas..sebab..bahasa cine nak convert jadi melayu..susah nak paham..so dari sepuluh tuh..saya balas satu..haha..10 dalam satu.huhuh.herms..pengalaman yang menarik bagi die..tapi nak cakap lebih2..haiz..tak bleh t ada owang majuk..huhuhu..cume..ayat tuh buat cik noya terkasima..dan pelik? awat la..cik lim kita bagi ayat ni kat aku? huhu..so buat pedoman semua di masa akan datang..Yang buruk datang ye dari kita, yang Baik datang ye dari yang Esa…huhu..menaip di malam Jumaat..Wassalam..

Posted in Uncategorized

4 thoughts on “Buat sahabat yang Di sayangi..

  1. persahabatan yg begitu erat mempunyai pengertian yg dalam bagi kita yg tahu menghargainya..renung2kanlah wahai sahabatku, tergamaknya kau mengkhianati aku,hinggakan hidupku menjadi punah,rebah seketika..,mujurlah aku kuat dan bangun kembali utk mghadapi hari2 seterusnya..sampainya hati kau..apa salahku?

Leave a reply to kawan Cancel reply